fbpx

‘Ini bukan influencer tapi influenza, buat malu negara!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sahkan kandungan tersebut sekadar dihasilkan untuk menaikkan jumlah tontonan. - Gelora News

PETALING JAYA – “Memalukan negara saja. Kau tak boleh sumbang apa-apa kepada negara, jangan sampai memalukan.”

Itu antara luahan orang ramai yang berang dengan tindakan pempengaruh (influencer) Ammar Mohd Nzahan dan Aras apabila disahkan menghasilkan kandungan palsu berhubung video yang mendakwa seorang lagi rakan mereka, Eykaa hilang di sebuah kawasan hutan di Bandung, wilayah Jawa Barat.

Penipuan itu mengundang kemarahan rakyat Malaysia yang sekali gus menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas mereka yang terlibat.

“Penjarakan seumur hidup. Buat malu nama Malaysia saja kentang ni,” luah seorang pengguna media sosial.

“Yang ni bukan influencer tapi influenza. Cari penyakit,” komen @Dija Khoirul.

“Memalukan rakyat Malaysia dan menyusahkan banyak pihak,” ujar @Bunga Daisy.

Kosmo! semalam melaporkan, Ketua Polis Panyileukan, Komisioner Kurnia berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati dakwaan pempengaruh berkenaan tentang seorang lagi rakan mereka, Eykaa hilang di kawasan hutan di Bandung, adalah palsu.

“Keterangan Ammar Mohd Nazhan dan Aras menyatakan bahawa mereka melakukan live di TikTok dengan tajuk ‘pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung selepas buat ‘content’ paranormal’.

“Mereka mendakwa bahawa pempengaruh TikTok bernama Eykaa hilang selama 48 jam selepas melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung,” kata Kurnia.

Tambah beliau, kandungan itu dihasilkan kumpulan tersebut untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut laman sosial.

Terdahulu, Ammar menafikan dakwaan pihak tertentu dan netizen yang mengatakan insiden kehilangan Eykaa hanya sekadar ‘content’ (kandungan) semata-mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI