fbpx

Helikopter terhempas, 4 maut termasuk askar Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH helikopter yang membawa askar AS terhempas di Filipina. - Foto X

MANILA – Seorang askar Amerika Syarikat (AS) dan tiga kontraktor pertahanan terbunuh selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di Filipina semalam, lapor saluran berita Fox News. 

Pusat Perintah Indo-Pasifik AS berkata, helikopter kontrak Jabatan Pertahanan Amerika itu terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina.

Helikopter itu digunakan untuk menyalurkan sokongan risikan, pengawasan dan tinjauan atas permintaan Manila. 

“Insiden itu berlaku semasa misi rutin menyokong aktiviti kerjasama keselamatan AS dengan Filipina.

“Kami boleh mengesahkan tiada mangsa yang terselamat. 

“Terdapat beberapa orang di dalamnya termasuk seorang anggota perkhidmatan tentera AS dan tiga kontraktor pertahanan,” kata Pusat Perintah Indo-Pasifik AS dalam satu kenyataan kepada Fox News.

Pegawai tempatan, Windy Beaty berkata, penduduk melihat asap keluar daripada  helikopter dan mendengar letupan sebelum pesawat itu jatuh kira-kira 0.8 kilometer dari sebuah rumah ladang.

Punca nahas helikopter Beechcraft King Air 350  itu masih disiasat. 

Seekor kerbau di darat juga mati akibat nahas pesawat itu, katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI