fbpx

Guru ‘noda’ pelajar lelaki dalam bilik kaunseling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan amang seksual serta memiliki 180 gambar dan video penganiyaan seksual dalam kejadian kira-kira dua tahun lalu. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang guru kaunseling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan amang seksual serta memiliki 180 gambar dan video penganiyaan seksual dalam kejadian kira-kira dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Kharulnizam Muslin, 45, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal kepada pelajar lelaki (individu berlainan) yang ketika itu berusia 11 tahun yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai guru kaunseling.

Perbuatan bagi pertuduhan pertama kira-kira pukul 4 petang, September 2023 dan pertuduhan kedua pula kira-kira pukul 1 tengah hari pada awal hingga akhir Mei tahun yang sama.

Kedua-dua perbuatan tersebut dilakukan di bilik kaunseling sebuah sekolah rendah di daerah ini.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.

Bagi pertuduhan ketiga pula, didapati dalam milikan tertuduh komputer riba mengandungi 180 gambar dan video penganiayaan seksual kanak-kanak.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah premis di Taman Warisan Puteri pada 12 Disember 2023.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang lain berserta syarat tambahan lapor diri di balai polis berhampiran serta tidak menganggu mangsa dan semua saksi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI