fbpx

Guru akui Ismanira tidak abai Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Guru pendidikan khas yang juga guru yang mengajar kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Ismanira Abdul Manaf, ibu kanak-kanak autistime itu tidak pernah mengabaikan anaknya.

Siti Aminah Nor Mad Ali, 40, yang juga saksi pendakwaan kesembilan itu juga turut mengakui bahawa Ismanira memberi perhatian penuh dan menjaga kesejahteraan anak sulungnya itu.

Semasa pemeriksaan balas peguam Haresh Mahadevan, saksi itu berkata sepanjang Zayn Rayyan bersekolah dari Mac hingga 5 Disember 2023, kanak-kanak itu sentiasa berpakaian lengkap, membawa bekal makanan dan hadir ke sekolah dalam keadaan gembira malah berdasarkan pengamatan beliau, Zayn Rayyan tidak pernah memberi gambaran dia diabaikan.

Peguam: Cikgu setuju kalau saya cadangkan ibu Zayn tanpa gagal sediakan makanan untuk dia pada setiap hari?
Saksi: Ya

Peguam: Pernah juga terdapat hari di mana Zayn tidak ingin contohnya ayam goreng dan sekolah akan panggil ibu (Ismanira), ibu akan sediakan bekal lain untuk Zayn makan?
Saksi: Betul, ada

Peguam: Setuju kalau saya cadangkan setiap kali dia hadir ke sekolah, dia lengkap dangan pakaian lengkap beg, bekal (makanan) dia dan dia seronok ke sekolah?
Saksi: Betul, setuju

Guru itu turut memgakui Ismanira amat mementingkan keselamatan Zayn Rayyan apabila memakaikan topi keledar untuk anaknya itu biarpun jarak sekolah ke rumah keluarga di Apartment Idaman, Damansara Damai hanya sekitar dua kilometer.

Peguam: Walaupun dekat, banyak daripada kita (yang biarkan) anak tak pakai helmet, tapi dia pastikan keselamatan anak dia?
Saksi: Betul

Peguam: Adakah cikgu tahu bahawa ibu arwah membawa arwah ke hospital regular (kerap) bagi tujuan pemeriksaan kesihatan?
Saksi: Ada, tahu

Peguam: Ini juga menunjukkan bahawa ibunya beri perhatian penuh untuk kesihatan dan well-being (kesejahteraan) arwah?
Saksi: Betul

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung lagi petang ini.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI