fbpx

Ford Ranger ‘sapu’ kereta, van dan beberapa motosikal di Kempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal yang ‘disapu’ Ford Ranger dalam kemalangan di Jalan Persiaran Kempas Baru, Kempas, Johor Bahru petang hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger ‘menyapu’ beberapa buah kenderaan termasuk motosikal dalam kejadian di Jalan Persiaran Kempas Baru, Kempas di sini, petang tadi.

Berdasarkan beberapa video yang tular di facebook menunjukkan kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang tadi.

Menerusi sebuah video kamera papan pemuka bahagian belakang sebuah kenderaan memaparkan trak pikap berwarna biru dipercayai memecut laju di persimpangan selepas lampu isyarat bertukar hijau.

Ford Ranger terbabit kelihatan merempuh bahagian belakang Perodua Axia yang bergerak arah sama yang berada di hadapannya sebelum dilihat cuba memotong lalu merempuh beberapa buah motosikal dan van kilang serta sebuah kereta BMW.

Dalam satu gambar yang lain turut menunjukkan dua buah motosikal terperosok di bawah Ford Ranger berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI