fbpx

EPL: Rashford tanggung padah sertai Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD bakal menerima bayaran penajaan yang jauh lebih rendah daripada Nike selepas memilih untuk menyertai Villa. - AFP

LONDON – Pemain Aston Villa yang dipinjamkan dari Manchester United, Marcus Rashford dilapor berdepan kehilangan sumber pendapatan daripada penajaan jenama sukan terkenal, Nike selepas membuat keputusan ke Villa Park.

Rashford mengesahkan penghijrahannya ke Villa pada Ahad lalu dengan tempoh pinjaman selama enam buan selepas gagal mendapat tempat di Old Trafford apabila disisihkan oleh Ruben Amorim.

United setuju untuk melepaskan khidmat pemain paling senior di United itu selepas Villa bersetuju untuk menanggung sehingga 75 peratus daripada gaji yang bernilai £325,000 (RM1.79 juta) seminggu.

Bagaimanapun, menurut laporan keputusan membawa pada kepada Rashford apabila Nike terpaksa memotong bayaran penajaan yang diterimanya sebanyak £1.5 juta (RM8.29 juta) setahun sehingga menjadikan jumlah itu sebanyak £50,000 (RM276,587) sahaja.

“Berdasarkan perjanjian disediakan Nike, mereka mengklasifikasikan pemain yang ditaja berdasarkan kategori kelab yang diwakili. Rashford menerima perjanjian mewah itu ketika bersama United.

“Bagaimanapun, amaun berkenaan mungkin menurun ke tahap yang paling minimum selepas dia memilih bersama Villa yang diletakkan dalam kategori kelab yang lebih rendah,” menurut laporan berkenaan.

Difahamkan, Nike juga mempunyai kuasa untuk meminta pembayaran balik untuk beberapa perkara termasuk bayaran ketika menandatangani kontrak yang diberikan kepada Rashford ketika ia dimeterai kira-kira empat tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI