fbpx

Dua lelaki Rohingya buka kedai makan haram, dakwa ‘kebal’ ada kad UNHCR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA warga asing yang diberkas yang menjalankan perniagaan secara haram di Jalan Tan Yok Fong, Kulai di sini, kelmarin.

KULAI – Dua pelarian etnik Rohingya bukan sahaja membuka kedai makan secara haram malah premis di Jalan Tan Yok Fong, di sini berada dalam keadaan kotor dan menjijikkan yang boleh mengundang masalah kesihatan kepada pelanggan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Mohd. Shukor berkata, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu antara peniaga di tujuh premis perniagaan yang dikenakan tindakan tutup serta-merta, kelmarin.

Katanya, lelaki Rohingya itu merasakan diri mereka ‘kebal’ daripada dikenakan tindakan ketika pemeriksaan dan siasatan dijalankan di premis perniagaan kerana memiliki kad UNHCR.

“Saya dapati peniaga berkenaan bebas berniaga. Justeru, saya meminta agensi berkaitan mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan dan peniaga warga asing lain yang berniaga menggunakan lesen milik penduduk tempatan.

“Keadaan kedai makan pemegang kad UNHCR itu termasuk dapur amat kotor dan mereka bebas menternak ayam di suatu ruangan kecil di situ,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Jafni berkata, mereka yang berniaga secara haram itu juga tidak mengikut syarat bagi pekerja asing iaitu tidak mendapatkan suntikan typhoid.

“Mereka sebenarnya tidak boleh berniaga kecuali bekerja dengan orang lain dan hanya sebagai penyapu sampah atau kerja am sahaja bukan untuk mengaut keuntungan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI