fbpx

Cuaca buruk landa 6 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 7 petang ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di Perak, kawasan yang diramal terlibat adalah Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Sementara di Selangor, ribut petir berlaku di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan yang sama turut menjejaskan Sarawak di Miri (Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI