fbpx

Bomoh didakwa cederakan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang bekerja sebagai perawat di sebuah pusat rawatan Islam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mencederakan isterinya, awal bulan ini.

Tertuduh, Fahmi Akmal Ahmad, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Fatin Mohamad Farid.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu telah mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di rumah beralamat di Taman Scientex, Pasir Gudang dekat sini pada pukul 10 pagi, 2 Februari lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut daripada mangsa iaitu wanita berusia 35 tahun pada 2 Februari lalu.

“Mangsa yang bekerja sebagai guru mendakwa telah disepak suaminya di bahagian badan dan kaki, selain ditumbuk di kepala. Suaminya turut mengambil pisau dan mengacukan kepada isterinya sambil mengugut mahu menikam mangsa.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila suaminya marah kerana mangsa enggan memberikan wang ketika diminta,” ujarnya sambil memberitahu suspek ditahan pada hari sama di kediaman mereka.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI