fbpx

‘Ada yang jerit panggil Astrid, nasib baik tak dibaling barang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH Sakinah melihat segala kebencian khalayak terhadapnya sebagai impak kejayaan memberikan persembahan cemerlang terhadap watak Astrid dalam naskhah Curang Tanpa Niat.

PUTRAJAYA – Menjelang minggu akhir drama fenomena Curang Tanpa Niat, pelakon Sharifah Sakinah memekakkan telinga tidak menghiraukan segala kecaman yang dilemparkan terhadap watak antagonis lakonannya, Astrid.

Sakinah, 35, juga memilih tidak membaca komen-komen netizen dalam media sosial selain berpendapat semua kecaman tersebut membuktikan impak dan kejayaannya menghidupkan watak wanita perosak yang akhirnya menerima nasib malang seperti Astrid.

“Sebenarnya saya tak tengok pun komen-komen netizen yang anda kata marah-marah itu. Tapi kalau kecam, maksudnya menjadilah watak itu.

“Lagi berat watak itu, lagi saya suka sebab mencabar kemampuan sebagai pelakon dan saya juga mahu keluar dari zon selesa.

“Bila saya keluar ada juga yang menjerit-jerit panggil saya dengan nama Astrid cuma mereka tidaklah baling sebarang objek sebab benci,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis tayangan istimewa episod 28 Curang Tanpa Niat di sini, malam tadi.

Katanya, ramai juga melahirkan rasa terkejut melihat kemampuannya melakonkan watak Astrid yang dikatakan lari daripada karakter kebiasaan dijayakan iaitu genre komedi.

“Ramai juga puji dan tak sangka saya boleh lakonkan watak ini.

“Mungkin sebab sebelum ini kerap muncul dengan naskhah komedi, jadi karakter Astrid ini buat ramai buka mata.

“Syukurlah ramai dapat terima dan suka walaupun dibenci,” jelasnya

Bercakap tentang penampilan terutama wajahnya yang nampak berusia, Sakinah masih menolak untuk melakukan pembedahan membuang ‘eyebag’ seperti yang disarankan segelintir pihak. Dia berasakan tiada keperluan mengambil rawatan berkenaan apatah lagi mahu mengubah wajah ciptaan Allah SWT untuk dirinya.

“Untuk ubah wajah yang Allah sudah beri, tidak perlu. Saya tak akan ubah sebab orang. Kalau saya nak buat sekali pun, semua itu hanya untuk kepuasan diri sendiri.

“Sebenarnya sudah beberapa kali saya terima tawaran begitu tetapi tolak.

“‘Eyebag’ ini sebabagian daripada anggota badan di wajah saya dan saya tak akan ubah apa-apa buat masa sekarang. “Walaupun ada ‘eyebag’, lakonan tetap hebat bukan?” ujarnya.

Sakinah juga bertegas, kritikan mahu pun kecaman masyarakat mengenai ‘eyebag’ pada wajahnya tidak akan mengubah pendiriannya.

“Buat masa ini saya tak akan mendengar cakap masyarakat untuk ubah muka dan bukan pengikut trend menjadi wajah seperti artis K-pop atau Kardarshian.

“Wajah saya, muka Melayu dan saya tak mahu ubah apa yang diberi Allah. Ini prinsip saya walaupun berperangai begini,” tuturnya.

Terdahulu, namanya menjadi bualan disebabkan watak antagonis iaitu Astrid dan bahagian ‘eyebag’ turut menjadi bualan ramai kerana dikatakan kelihatan terlalu ketara dan tidak mampu disorok dengan solekan.

Selain Sakinah drama Eyra Rahman yang menjadi kegilaan ramai ketika ini turut menampillan pelakon lain seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah, Fadhlan Hazim dan Fauzi Nawawi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI