fbpx

Wanita hanya pakai kasut jatuh dari kereta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita terjatuh di atas jalan raya di wilayah Nghe An pada 29 Januari lalu. - VNExpress

HANOI – Polis menjalankan siasatan berhubung seorang penumpang yang terkeluar daripada sebuah kereta dalam keadaan bogel di jalan raya di Vietnam, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Vinh, wilayah Nghe An pada 29 Januari lalu. 

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan wanita itu terjatuh di atas jalan selepas pintu kereta sebelah tempat duduknya terbuka. 

Lebih mengejutkan, wanita itu hanya memakai kasut.

Dia kemudian ditarik oleh individu lain yang berada dalam kereta sama sebelum bergerak ke pangsapuri berhampiran. 

“Kira-kira dua atau tiga orang berada dalam kereta semasa kejadian. 

“Wanita itu mendakwa bahawa pakaiannya ditanggalkan semasa dalam keadaan mabuk,” tambah polis. 

Seorang peguam, Phan Van Chieu berkata: “Pemandu berkenaan melanggar peraturan lalu lintas kerana memberhentikan kenderaan secara haram dan membenarkan pintu terbuka.”

“Sekiranya wanita itu berada di bawah pengaruh alkohol atau ubat perangsang lain, tindakannya boleh dianggap mengganggu ketenteraman awam,” tambah Chieu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI