fbpx

[VIDEO] ‘Tanpa abam trafik, tak sampai makanan ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota polis trafik menumpangkan penghantar makanan selepas tayar motornya meletup.

PETALING JAYA – Polis dan masyarakat berpisah tiada, slogan yang selalu kita dengar serta sering melihat bagaimana anggota polis membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan selama ini.

Namun, bagi perkongsian kali ini agak unik apabila seorang penghantar makanan ditemani seorang anggota polis trafik dalam melengkapkan pesanan pelanggan.

Kejadian yang berlaku di Melaka itu dilaporkan terjadi apabila tayar motosikal penghantar makanan itu tiba-tiba meletup ketika dia dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.

Anggota trafik, Koperal Md Fadzil Ahmed dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka yang kebetulan melalui kawasan tersebut terus menumpangkan penghantar makanan itu.

“Macam mana lah respon penerima tu bila polis yang hantar bungkusan makanan dia.

“Terima Kasih Koperal Md Fadzil Ahmed dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka yang sudi menumpangkannya untuk menghantar makanan kepada pelanggan selepas tayar motosikal yang ditunggang tiba-tiba meletup.

“Insiden tersebut berlaku di hadapan anggota berkenaan yang sedang menjalankan tugas di lapangan,” tulis video tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI