fbpx

Trump larang atlet transgender bertanding sukan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump menandatangani perintah eksekutif di White House, Washington D.C semalam. - Getty Images

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif mengharamkan atlet transgender bertanding dalam acara sukan melibatkan wanita di Amerika Syarikat, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Perintah eksekutif  baharu bertajuk ‘Keeping Men Out of Women’s Sports’ itu mengarahkan pihak berkuasa berkenaan menarik balik pembiayaan persekutuan kepada mana-mana sekolah yang ingkar.

“Mulai sekarang, acara sukan wanita hanya untuk wanita. Dengan perintah ini, perang ke atas sukan wanita berakhir,” kata Trump di White House yang turut disaksikan barisan atlet dan kanak-kanak. 

Trump mendakwa bahawa ‘lelaki yang mengaku diri mereka perempuan’ telah ‘mencuri’ lebih 3,500 kemenangan dan ‘menceroboh’ lebih 11,000 pertandingan yang direka khas buat wanita.

Berpuluh-puluh wanita bertepuk tangan dan bersorak apabila Trump menurunkan tanda tangannya.

Trump kemudian memandang mata seorang gadis di hadapannya dan berkata: “Sekarang anda akan memenangi acara sukan itu bukan?”.

Jabatan Pendidikan juga diarah memberitahu sekolah-sekolah yang membenarkan atlet transgender menyertai sukan wanita bahawa mereka telah melanggar undang-undang persekutuan.

Pelanggaran tersebut mengakibatkan sekolah terbabit tidak layak untuk mendapatkan dana persekutuan.  – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI