fbpx

Sudah cuba wajib beli, jika tidak kena pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menyerang suami Ploysai. - TikTok

BANGKOK – Sepasang suami isteri diserang seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah di Si Racha, wilayah Chon Buri setelah mereka enggan membeli kasut yang dicuba di sebuah butik, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kejadian semalam itu dirakam oleh telefon bimbit mangsa dan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Menurut wanita dikenali sebagai Ploysai, dia, suami dan tiga anak mereka masuk ke sebuah butik untuk membeli kasut salah seorang anaknya.

Seorang jurujual wanita yang melayan keluarga itu memberikan dua saiz kasut yang tidak sesuai dengan saiz kaki anak mereka.

Apabila Ploysai meminta saiz yang dirasakan boleh memuatkan kaki anaknya, jurujual tersebut memberitahu bahawa saiz itu sudah kehabisan stok.

Ia membuatkan pasangan tersebut keluar dari kedai itu dengan cara baik dan menjelaskan kepada jurujual bahawa tiada saiz kasut yang sesuai untuk anak mereka.

Ketika mereka berjalan, seorang lelaki yang difahamkan suami kepada jurujual tersebut menghampiri Ploysai dan keluarganya sebelum menuduh mereka sengaja mempermainkan isterinya.

Lelaki tersebut turut memarahi mereka sebelum dia menolak suami  Ploysai yang ketika itu sedang mendukung salah seorang anak mereka.

Pengawal keselamatan dengan segera tiba untuk meleraikan pertengkaran itu dan mengiringi pasangan tersebut ke kereta mereka dengan selamat.

Ketika mereka meminta nama penuh lelaki tersebut untuk membuat laporan kepada pengurusan pusat beli-belah, Ploysai diberitahu bahawa hanya nama samaran individu itu diketahui.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai sama ada Ploysai membuat laporan polis berhubung insiden itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI