fbpx

SPRM teliti dokumen projek DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti semua dokumen diterima Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung pemberian projek bernilai RM4 juta yang dikaitkan dengan rasuah.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya belum lagi membuka kertas siasatan berhubung kes itu.

“Buat masa ini, SPRM tidak lagi membuka kertas siasatan kerana tidak tahu perkara (dakwaan rasuah) ini. Kami ingin jelaskan DBKL melakukan tindakan dalaman berdasarkan maklumat yang mereka peroleh daripada sosial media.

“Bagaimanapun, pegawai SPRM yang ditempatkan di DBKL turut terlibat dalam siasatan dalaman kes berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Azam, buat masa ini, pihaknya sedang mengkaji dokumen itu berdasarkan dua aspek iaitu jenayah atau salah guna kuasa.

Setakat ini pihaknya tidak memanggil mana-mana individu bagi membantu siasatan kes itu termasuk Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Afdlin Shauki yang dikaitkan dengan kes itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI