fbpx

Siapa goyang tiang elektrik kuat sangat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiang elektrik bergoyang dengan kuat secara tiba-tiba. - Khaosod

BANGKOK – Penduduk sebuah pekan di Tha Pla, wilayah Uttaradit kehairanan apabila melihat sebatang tiang elektrik bergoyang dengan kuat secara tiba-tiba ketika tiang-tiang lain di sekitarnya tidak menunjukkan sebarang pergerakan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Seorang pengguna Facebook, Supot Milla merakam kejadian itu dan memuat naik video mengenainya pada 3 Februari lalu.

Dalam video tersebut, tiang elektrik itu seolah-olah digoyang dari bawah dengan pergerakannya jelas kelihatan.

Mereka kebingungan melihat kejadian itu dan sejurus ia dimuat naik di Facebook, video tersebut menjadi tular.

Ramai daripada pengguna media sosial cuba membuat tekaan bahawa tiang itu mungkin bergoyang disebabkan gempa bumi atau tekanan air, malah ada yang mengaitkannya dengan aktiviti paranormal.

Pegawai-pegawai loji air berdekatan kemudian dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan mengesahkan bahawa tiada sebarang kejadian gempa bumi ketika itu.

Majlis daerah Tha Pla kemudian menyatakan bahawa tiang itu berkemungkinan bergoyang kerana ditiup angin kuat.

Bagaimanapun, tiada penjelasan rasmi mengenai kejadian itu memandangkan hanya sebatang tiang yang bergoyang ketika kejadian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI