fbpx

Rumah ‘terbelah’ angkara paip pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsi melalui hantaran tersebut.

PETALING JAYA – Penduduk Taman Bunga Raya, Tapah, Perak kini berada dalam kebimbangan apabila saluran paip bawah tanah dikatakan menjadi punca tanah terbelah.

Menurut satu hantaran di Facebook penduduk di situ, kejadian tanah runtuh yang berlaku pada malam Isnin lalu adalah berpunca daripada paip ‘raw water’ yang pecah mengakibatkan aliran air tidak terkawal.

“Kejadian tanah runtuh yang bermula pada malam Isnin lalu kini telah berlarutan hampir 96 jam. Punca utama dikenal pasti sebagai paip ‘raw water’ yang pecah, mengakibatkan aliran air yang tidak terkawal. Sehingga kini, air masih mengalir deras, bunyinya persis air terjun Lata Kijang.

“Apa yang membimbangkan, kontraktor masih gagal mengesan lokasi sebenar paip yang pecah. Semua kerja pencarian kini dihentikan kerana terdapat kemungkinan besar paip tersebut berada di bawah kawasan rumah,” jelas hantaran tersebut.

Tambahnya, sebarang usaha untuk menggali lebih dalam berisiko melemahkan lagi struktur tanah, yang sudah sedia terjejas.

Katanya, retakan pada tanah juga semakin ketara dan kini menghampiri bahagian tengah rumah.

“Sehingga hari ini, tiada sebarang lawatan rasmi daripada pihak pemaju. Tidak pasti mengapa mereka masih berdiam diri, sedangkan isu ini semakin serius.

“Semoga rakan yang terjejas diberikan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga ada penyelesaian segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

“Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI