fbpx

Lagi pelakon berketurunan Cina mati akibat serangan influenza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Liang Youcheng disahkan meninggal dunia pada 30 Januari lalu kerana komplikasi selepas dijangkiti virus influenza.

PETALING JAYA – Pelakon sedang meningkat naik China, Liang Youcheng disahkan meninggal dunia pada 30 Januari lalu kerana komplikasi selepas dijangkiti virus influenza.

Menghembuskan nafas terakhir pada usia 27 tahun, pemergiannya mengejutkan industri hiburan yang masih berduka dengan kematian aktres terkenal Taiwan, Barbie Hsu juga kerana komplikasi influenza.

Menurut media di China, Youcheng pada mulanya menunjukkan gejala ringan dan didiagnos dengan selesema biasa.

Keadaan kesihatannya bagaimanapun semakin teruk menyebabkan jangkitan pada saraf pusat.

Meski mendapat rawatan kecemasan di hospital, Youcheng disahkan meninggal dunia pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina.

Difahamkan, ketika menerima rawatan di hospital, tiada ahli keluarga bersamanya.

Youcheng muncul dikenali dengan drama Echo Of Her Voice (2024) dan My Heart (2021), malah dia sedang membuat persiapan untuk memasuki set penggambaran siri terbaharu iaitu, It Girl In Tang Dynasty.

Mesej terakhir Youcheng adalah kepada ibunya pada sambutan Tahun Baharu Cina. Dia memberi angpau dalam talian sebanyak 888 yuan (RM540) dan memberitahu duit tersebut adalah dari pasukan produksinya.

Walaupun belum ada sebarang pengesahan rasmi, kematiannya menimbulkan kebimbangan orang ramai tentang bahaya jangkitan influenza kerana berkemungkinan besar menghadapi komplikasi dari virus influenza jenis A seperti Barbie Hsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI