fbpx

KPM jangka tempoh 5 tahun selesai sekolah satu sesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHLINA beramah mesra dengan kakitangan awam yang hadir dalam program INTAN Minister's Conversation (IMC) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan, Kluang hari ini.

KLUANG – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan sistem sekolah satu sesi menjelang 2030.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sehingga kini hanya kira-kira 1,000 buah daripada 10,000 buah sekolah yang masih belum melaksanakan sistem satu sesi berikutan kepadatan murid di sekolah berkenaan.

Katanya, pembinaan sekolah baharu juga akan mempengaruhi penyelesaian ini dan kerajaan sudah pun menetapkan sasaran pembangunan sekolah-sekolah baharu selain baik pulih sekolah daif.

“Sebenarnya perkembangan pendidikan di negara ini bergerak sangat baik dan ada 9,000 lebih telah pun mencapai hasrat kita untuk satu sesi daripada lebih 10,000 yang masih lagi kita perlu uruskan.

“Namun KPM juga perlu mengambil kira beberapa faktor kekangan soal tempat, premis dan pengurusan-pengurisan sekolah itu sendiri,” katanya ketika ditemui dalam program INTAN Minister’s Conversation (IMC) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan, di sini hari ini.

Mengulas tentang hukuman rotan kepada pelajar yang melakukan kesalahan di sekolah, Fadhlina berkata, itu adalah kuasa Guru Besar atau Pengetua serta Guru Displin sahaja dan sudah ada garis panduan tentang hukuman rotan ini yang begitu jelas.

“Ia melalui proses yang panjang sebelum perlaksanaan hukuman rotan ini, ia adalah pendirian KPM ketika ini dan hanya dua peringkat sahaja diberikan kebenaran untuk melaksanakan hukuman rotan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI