fbpx

Konsortium Jaringan Selangor bina 107 menara telekomunikasi di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak SKMM dan Konsortium Jaringan Selangor bergambar bersama pada Majlis Pemuktamadan Penyerahan 107 Menara Telekomunikasi di bawah Projek Jendela Kluster 18 Fasa 1, di Johor Bahru, Johor.

PETALING JAYA – Konsortium Jaringan Selangor Sdn. Bhd. dilantik melaksanakan projek Jalinan Digital Negara (Jendela) Kluster 18 yang melibatkan pembinaan 107 menara telekomunikasi berteknologi tinggi di Johor.

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Johor, Nurzie Ibrahim berkata, liputan tersebut merangkumi kawasan strategik di dua daerah iaitu Mersing dan Kluang yang sebelum ini kurang mendapat akses internet.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, 91 menara telah beroperasi sepenuhnya, manakala 16 lagi dijangka berfungsi secara berperingkat menjelang suku ketiga tahun ini.

“Dengan infrastruktur canggih dan perkhidmatan bertaraf tinggi, kita dapat meningkatkan daya saing negara di peringkat global.

“Menara-menara itu juga dibina mengikut jadual yang ditetapkan pada suku keempat tahun 2024,” katanya dalam satu kenyataan selepas Majlis Pemuktamadan Penyerahan 107 Menara Telekomunikasi di bawah Projek Jendala Fasa 1.

Projek berkenaan akan turut diperluas ke pulau-pulau peranginan sekitar Mersing bagi memastikan akses digital yang lancar di kawasan-kawasan terpencil.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium Jaringan Selangor, Ahmad Fahman Ismail Hadi Tang berkata, transformasi digital memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.

“Penguasaan transformasi digital amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembaharuan nasional. Ia menjadi pemangkin kepada era digital yang lebih maju dan kompetitif.

“Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd terus komited dalam menyokong agenda digital negara serta memastikan masyarakat mendapat akses telekomunikasi yang lebih baik,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI