KOTA KINABALU – Keningau menjadi daerah terbaharu merekodkan mangsa banjir di Sabah pagi ini.
Penambahan daerah berkenaan sekali gus menunjukkan peningkatan jumlah mangsa banjir di negeri terbabit kini mencecah 319 orang membabitkan 81 keluarga di dua daerah.
Setakat pukul 10 pagi tadi, semua mangsa banjir Sabah kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
Bagaimanapun, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataanya menyatakan Kinabatangan kekal mencatatkan bilangan mangsa banjir paling ramai ketika ini iaitu 253 mangsa daripada 65 keluarga.
“Semua penduduk terjejas banjir di daerah Kinabatangan masih berada di dua PPS.
“Manakala Keningau menjadi daerah terbaharu dilanda banjir ekoran hujan berpanjangan sejak petang semalam.
“Daerah terbabitkan merekodkan 66 mangsa banjir membabitkan 1 keluarga yang sudah ditempatkan di satu PPS,” katanya. – KOSMO! ONLINE