fbpx

Identiti mangsa nahas helikopter tidak akan didedahkan buat masa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang maut dalam insiden sebuah helikopter terbakar ketika mendarat hari ini.

PETALING JAYA – Syarikat pengendali MHS Aviation memaklumkan pihaknya tidak akan mendedahkan identiti mangsa termasuk yang maut dalam kemalangan helikopter Bell 206L4 berhampiran Kolam Air Panas dekat Jalan Lama Kuala Lumpur sehingga waris mereka dimaklumkan.

MHS Aviation dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat dan komited untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung punca nahas tersebut.

“Ketika ini, keadaan terkawal dan tiada lagi ancaman terhadap keselamatan. Walau bagaimanapun, kami amat sedih untuk melaporkan seorang mangsa yang berada di lapangan telah kehilangan nyawa.

“Bagi menghormati keluarga, identiti si mati dan mana-mana individu yang cedera tidak akan didedahkan sehingga waris mereka dimaklumkan.” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak MHS Aviation ketika ini menumpukan untuk memberi sokongan dan bantuan kepada mangsa dan keluarga mereka yang terlibat.

“Sebarang kemas kini dan maklumat baharu akan diumumkan selepas maklumat dan hasil siasatan diterima,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pegawai pembantu helikopter maut selepas helikopter jenis Bell 206 Long Rang L4 dinaikinya terbalik dan terbakar ketika mendarat  berhampiran Kolam Air Panas dekat Jalan Lama Kuala Lumpur, di sini hari ini. di sini hari ini.

Mangsa yang merupakan lelaki warga Indonesia dipercayai meninggal dunia selepas terkena kipas helikopter berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI