fbpx

Hujan lebat di Selangor, KL, Putrajaya sehingga 9 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir juga tertumpu sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini.

Sementara itu, cuaca buruk yang sama juga dilaporkan melanda beberapa bahagian sekitar negeri Sabah, antaranya Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod) serta Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI