fbpx

Peniaga kecil, peluang besar dengan kempen ‘ADA Kick’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen “ADA Kick” GrabFood bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

PETALING JAYA – Di sebalik setiap hidangan yang lazat, terdapat peniaga yang berusaha keras untuk menawarkan yang terbaik. 

Melalui kempen “ADA Kick” yang diusahakan oleh GrabFood bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL), peniaga kecil tempatan diberi peluang untuk berkembang dan dikenali lebih ramai pelanggan. 

Pelanggan juga boleh menikmati makanan terbaik sambil menyokong usaha peniaga yang hebat ini.

GrabFood juga komited memberi peluang kepada peniaga kecil untuk berkembang melalui program GrabFood 5-Star, memberikan lebih banyak pendedahan dan sokongan pemasaran untuk memperkenalkan produk mereka kepada lebih ramai pelanggan.

Melalui GrabFood 5-Star, peniaga mendapat lebih banyak peluang untuk mengakses promosi dan platform yang membolehkan mereka mencapai lebih ramai pelanggan dan meningkatkan jualan mereka.

Setiap pesanan yang dibuat melalui GrabFood bukan sahaja memberi anda hidangan lazat, tetapi turut menyokong peniaga tempatan yang sedang berkembang, memberikan mereka peluang untuk terus maju dalam perniagaan.

Jika anda mencari makanan berkualiti dengan harga berbaloi, GrabFood merupakan pilihan yang tepat. Selain itu, lebih banyak tawaran dan diskaun menarik, setiap pesanan menjadi lebih berbaloi.

Dengan menyokong peniaga 5-Star, anda juga membantu mereka berkembang, jadi teruskan pesanan anda.

Antara perniagaan yang tersenarai dalam 5-Star termasuklah restoran King Kunyit yang diusahakan pasangan suami isteri yang mula bertapak di sebuah gerai kecil tepi jalan di Krubong, Melaka sekitar tahun 2019.

Bagaimanapun, kini mereka mampu membuka dua cawangan di negeri terbabit iaitu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dan Bertam Malim.

Salah sebuah cawangan Restoran King Kunyit di Melaka.

Menurut pemilik restoran terbabit, Nuraini Abdul Moin, 34, idea asal untuk mengusahakan perniagaan nasi ayam kunyit itu secara serius pada tahun 2020 sebelum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebelum ini (sekitar tahun 2019) kami sudah mengusahakannya secara kecil-kecilan berdekatan kawasan rumah di Krubong. Tetapi selepas kami nekad berhenti kerja pada penghujung 2019, terus berpindah dari gerai ke restoran.

“Restoran pertama kami di MITC dibuka pada Januari 2020. Bagaimanapun, beberapa bulan selepas itu, kerajaan mengumumkan PKP dan perniagaan kami mula mengalami masalah.

“Antaranya, ramai pelanggan tidak boleh keluar makan di kedai, jualan pula semakin kurang sehinggalah PKP kedua membenarkan tempahan dibuat secara atas talian. Lalu, kami guna khidmat GrabFood bagi menghantar pesanan.

“Alhamdulilah, dengan adanya GrabFood, jualan kami saban hari semakin meningkat sehingga mencecah lebih 80 peratus berbanding sebelum PKP,”katanya sambil memaklumkan menu kegemaran pelanggan di restorannya adalah nasi ayam kunyit dengan kuah kari.

Selain itu katanya antara menu lain yang turut menjadi kegemaran pelanggan termasuk nasi ayam ‘buttermilk’ dan nasi sotong kunyit.

Ibu kepada dua anak itu menambah, dengan bantuan tempahan melalui GrabFood juga, jenama restorannya mula dikenali ramai sehingga mampu membuka sebuah lagi cawangan di Bertam Malim pada tahun 2021.

Nuraini dan suaminya Usamah ketika menerima anugerah daripada GrabFood.

“Bagi saya Grab telah banyak membantu, bukan sahaja dari segi penghantaran, tetapi mereka (Grab) juga membantu mengiklankan perniagaan serta menyediakan pelbagai promosi yang menarik minat pelanggan untuk menempah makanan dengan kami.

“Bayangkan, dari asalnya dua pekerja iaitu saya dan suami (Usamah Shaidin), sehingga kini kami mampu berkembang menambah cawangan kedua serta mempunyai 25 pekerja.

“Tanpa bantuan GrabFood, saya rasa kami tidak akan sampai ke tahap ini dalam tempoh yang agak singkat,”katanya turut memaklumkan hampir separuh jualan harian restorannya dijana melalui tempahan daripada GrabFood.

Beliau menambah, restorannya juga telah menerima anugerah ‘Best Food Malaysia’ daripada GrabFood sebelum ini.

Turut tersenarai dalam 5-Star Grabfood adalah restoran Kee Chup yang diusahakan pasangan suami isteri Haliza Halim dan Mohd Fadli.

Menurut Haliza, dia dan suami memulakan perniagaan terbabit sejak tahun 2019 dan setahun kemudiannya terpaksa berhadapan dengan PKP sehingga perniagaannya terjejas.

Premis Nasi Ayam Kee Chup yang terletak di Johor Bahru.

“Namun dengan adanya perkhidmatan GrabFood, ia banyak menyelamatkan perniagaan kami sehingga mampu bertahan serta berkembang sehingga sekarang.

“Selain itu, pihak Grab juga banyak membantu dalam mempromosi menu dan restoran kami di platform mereka serta turut memberikan pelbagai baucer kepada pelanggan.

“Inisiatif seperti ini telah memberi nilai tambah kepada perniagaan kami sehingga berjaya meraih pelbagai anugerah dari Grab seperti ‘GrabFood 5 Star’ dan ‘Best Malaysia Food’,”ujarnya sambil memberitahu lebih 40 peratus jualan dijana menerusi GrabFood.

Dengan bantuan GrabFood juga katanya, jenama Nasi Ayam Kee Chup yang bertapak di Johor Bahru itu telah mula berkembang ke beberapa negara jiran termasuk Singapura dan Indonesia.

“Kami juga akan terus menggunakan khidmat GrabFood bagi melebarkan lagi sayap perniagaan dan pada masa sama kami merancang untuk mengeluarkan produk kicap keluaran sendiri,”katanya.

Untuk maklumkan kedua-dua premis ini antara 148 restoran bertaraf tinggi dalam enam kategori telah disenarai pendek sebagai finalis bagi anugerah GrabFood 5-Star Award 2024.

Premis itu juga menjadi sebahagian daripada kempen ADA KICK™️ anjuran GrabFood yang meraikan makanan tempatan dan semangat bola sepak.

Kempen ini menampilkan barisan bintang bola sepak Malaysia seperti Safawi, Dominic, dan Nazmi yang berkongsi restoran ‘5-Star’ kegemaran mereka di GrabFood.

Inisiatif ini sekali gus dapat mempromosikan restoran ‘5-Star’ yang ADA KICK™️ serta memberi peluang kepada umum untuk merasai hidangan yang memenuhi selera.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI