fbpx

Gempar babi hutan ‘ceroboh’ masjid 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seekor babi berlari-lari di dalam masjid di wilayah Jawa Barat, Indonesia. - Instagram

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan seekor babi hutan ‘menceroboh’ masuk ke dalam sebuah masjid di Indonesia , lapor portal berita Abatanews. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) di Cianjur, wilayah Jawa Barat pada 22 Januari lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @cianjurtea_ menunjukkan binatang buas itu berlari-lari di ruang solat dan atas sejadah. 

Orang ramai mula melarikan diri dan mengunci pintu masuk kerana bimbang diserang. 

Ketua Desa Gudang, Oki Ahmad Iskandar berkata, babi itu berjaya ditangkap oleh penduduk tempatan. 

“Selepas kejadian itu, kami membersihkan semua kawasan masjid dan menggantikan karpet yang dipijak binatang itu,” tambah Oki. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3 juta tontonan bersama 5,049 komen. 

“Haiwan pun mahu pergi ke masjid,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI