fbpx

EPL: Amorim terlalu utamakan taktikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED dilihat belum benar-benar dapat menguasai falsafah bola sepak Amorim sehingga menjejaskan prestasi mereka. - AFP

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Paul Scholes menimbulkan keresahan mengenai cara latihan yang digunakan pengendali pasukan itu, Ruben Amorim sejak mengemudi pasukan itu pada November lalu.

United berdepan kekalahan kelima di Old Trafford di bawah kendalian Amorim selepas pasukan itu dimalukan 0-2 oleh Crystal Palace pada Ahad lalu menyebabkan Scholes curiga mengenai apa yang diarahkan kepada pemain sebelum dan semasa perlawanan itu berlangsung.

“Ketika saya bermain, saya mahu bermain dengan lebih bebas. Namun, bola sepak ketika ini menjadi satu yang terlalu taktikal sehingga menyebabkan para pemain seakan ‘lemas’ dan tidak ada lagi keseronokan.

“Saya lihat United memanaskan badan sebelum aksi, mereka melakukan latihan bertahan, hantaran lintang, set-piece dan menyerang. Sesi itu sepatutnya memberi ruang untuk pemain menikmati keseronokan, tetapi bertukar menjadi tekanan,” katanya.

Aksi bertemu Palace menyaksikan Amorim tidak menyenaraikan dua penyerangnya, Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee dalam kesebelasan utama, sebaliknya menggunakan khidmat Kobbie Mainoo bermain sebagai false nine.

Taktikal baharu yang digunakan itu langsung tidak memberi keterujaan buat Scholes kerana menganggap bola sepak bukan terlalu mengenai percaturan selain mahu melihat pemain United lebih berani di kawasan kotak penalti pasukan lawan.

“Saya tidak teruja dengan elemen taktikal. Saya lebih gemar melihat rentak permainan, pertahanan menghantar bola kepada pemain tengah, kemudian pemain sayap membawa masuk bola berdepan pemain mereka,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI