fbpx

EFL: Misi Arsenal ke Wembley tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harapan The Gunners untuk menamatkan penantian tujuh tahun mara ke final Piala EFL tidak kesampaian selepas tersingkir di peringan separuh akhir awal pagi tadi. - Foto ihsan Arsenal

LONDON – Kapten Arsenal, Martin Odegaard mengakui apabila gagal membantu pasukan mara ke final Piala Liga Inggeris (EFL) selepas tewas agregat 0-4 kepada Newcastle United awal pagi tadi.

The Gunners yang ketinggalan 0-2 apabila tewas pada aksi separuh akhir pertama gagal mempamerkan kebangkitan yang diharapkan apabila tuan rumah menambah jaringan menerusi Jacob Murphy dan Anthony Gordon untuk mara ke final dengan bergaya.

Menurut Odegaard, misi rakan-rakan untuk menjejakkan kaki ke Stadium Wembley selepas misi untuk mara ke pentas final Piala EFL sejak edisi 2018 tidak kesampaian dan kini terpaksa fokus bagi mengharungi baki saingan musim ini.

“Kita ada sasaran untuk mara ke perlawanan akhir tetapi tidak kesampaian. Jika pasukan memanfaatkan beberapa peluang terhidang mungkin situasi berbeza dan kita harus terima hakikat kegagalan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI