fbpx

Bumbung pusat dialisis Hospital Pasir Mas runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Bumbung bangunan pusat dialisis Hospital Pasir Mas di sini runtuh dalam kejadian yang berlaku di hospital berkenaan pada malam tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.45 malam itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd. Azmi Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.47 malam sebelum lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, runtuhan itu berlaku di kawasan seluas 108 meter persegi.

“Anggota bomba telah membuat penilaian di dalam bangunan untuk memastikan agar tiada kebakaran, letupan dan sebarang pergerakan tanah di lokasi tersebut.

“Pihak Jabatan Kerja Raya telah dimaklumkan untuk hadir ke lokasi kejadian bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI