BESUT – Pengunjung Pantai Benting Lintang di sini malam tadi gempar dengan penemuan bangkai seekor penyu Agar.
Kumpulan sukarelawan, Geng Plastik Hijau (GPI) Daerah Besut menerima maklumat penemuan bangkai reptlilia yang diancam kepupusan tersebut pada 8.40 malam.
Ketua GPI Besut berkata, Afifah Ab. Aziz berkata, pihaknya terus memaklumkan penemuan bangkai penyu agar terbabit kepada Jabatan Perikanan Terengganu.
“Saya difahamkan bangkai penyu Agar terbabit telah terdampar di pesisir Pantai Benting Lintang sejak tengah hari semalam.
“Begitupun tiada siapa mengambil tindakan sehingga dijumpai seorang sukarelawan GPI,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Afifah berkata, pegawai Jabatan Perikanan negeri telah mengambil tindakah mengutip dan melakukan siasatan terhadap bangkai reptlilia terbabit. – KOSMO! ONLINE