fbpx

Argentina keluar WHO, salahkan kuarantin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengibarkan bendera Argentina semasa protes terhadap dasar perintah berkurung bagi mengawal Covid-19 di di Buenos Aires pada 17 Ogos 2020. - AFP

BUENOS AIRES, ARGENTINA – Argentina mengumumkan keluar  daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengekori langkah yang dilakukan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada bulan lalu, demikian menurut saluran berita CNN semalam.

“Presiden (Javier) Milei mengarahkan (Menteri Luar) Gerardo Werthein untuk menarik balik penyertaan Argentina dalam WHO,” kata jurucakap Milei, Manuel Adorni pada sidang akhbar semalam.

Adorni berkata, keputusan itu disebabkan perbezaan mendalam mengenai pengurusan kesihatan antara Buenos Aires dan WHO, terutamanya mengenai pandemik Covid-19.

“Pandemik Covid-19 membawa kita kepada perintah berkurung terpanjang dalam sejarah manusia,” katanya.

Satu kenyataan kemudian dikeluarkan oleh pejabat Presiden menuduh WHO menyebabkan kehancuran ekonomi semasa pandemik Covid-19 dengan mempromosikan kuarantin tanpa henti.

“Adalah sesuatu yang penting untuk kita memikirkan semula tentang mengapa organisasi supranasional wujud, dibiayai oleh semua, namun tidak memenuhi objektif penubuhannya.

“Ia (WHO) terlibat dalam politik antarabangsa dan berusaha untuk meletakkan dirinya mengatasi negara-negara  anggota,” kata kenyataan tersebut.

“Rakyat Argentina tidak akan membenarkan organisasi antarabangsa campur tangan dalam kedaulatan kami, lebih-lebih lagi dalam isu kesihatan,” tambah Adorni.

Tambahnya, penarikan diri itu sebaliknya akan memberikan fleksibiliti yang lebih besar untuk melaksanakan dasar demi kepentingan Argentina dan ketersediaan sumber yang lebih besar. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI