fbpx

Amerika usir 111 rakyat Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendatang Guatemala dihantar pulang dari AS dengan menaiki pesawat tentera di Pangkalan Tentera Udara Guatemala, Bandaraya Guatemala pada 30 Januari lalu. - AFP

WASHINGTON – Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE)  mengenal pasti 111 warga Singapura untuk dihantar pulang ke negara asal mereka sejak November tahun lalu, lapor portal berita VNExpress semalam.

Mereka ialah antara lebih 1.4 juta warga asing berbilang negara yang dikenal pasti untuk dihantar pulang dan boleh ditahan pihak berkuasa kerana melanggar undang-undang Amerika Syarikat, lapor akhbar The Straits Times.

ICE kini berusaha menghantar pulang kira-kira tujuh juta pendatang tanpa izin(PATI), dengan 20 peratus dijangka diterbangkan dalam tempoh 90 hari selepas menerima perintah pengusiran.

Selain PATI, individu akan diusir itu juga terdiri daripada pemastautin tetap yang didapati melakukan jenayah, lapor portal berita Mothership.

Bagaimanapun, mereka yang akan dihantar pulang boleh tinggal di AS sekiranya diberikan  ‘pelepasan daripada penyingkiran’.

Ia terpakai kepada pemohon suaka atau mereka yang  berdepan penganiayaan sekiranya kembali ke negara asal.

Seramai 22 rakyat Singapura telah dihantar pulang dari AS antara tahun fiskal 2019 hingga 2024, demikian menurut statistik ICE. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI