fbpx

ACC: KL City turut senasib dengan Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WALAUPUN tewas, kesungguhan pemain KL City wajar dipuji kerana berjaya menyekat Buriram United daripada memperoleh lebih banyak gol. - KL CITY

KUALA LUMPUR – Satu lagi wakil negara, Kuala Lumpur City terpaksa melupakan Kejuaraan Kelab Asean (ACC) lebih awal apabila tewas 0-1 kepada gergasi Thailand, Buriram United di Stadium Buriram, sebentar tadi.

Sepanjang perlawanan berlangsung, jelas kelihatan jurang besar antara kedua-dua pasukan dimana Buriram United terlalu unggul untuk mendominasi sepanjang 90 minit permainan.

Disiplin bertahan dan ketangkasan penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menjadi perkara positif buat KL City yang turun tanpa kelibat ketua pasukan, Paulo Josue kerana layangan kad merah ketika aksi dengan Cong An Hanoi FC, 23 Januari lalu.

Terdahulu, disebalik penguasaan penuh, Buriram United terpaksa menanti hingga minit ke-37 untuk membuka jaringan menerusi Lucas Crispim.

Bersambung babak kedua, skrip hampir sama berulang dimana pemain The City Boys banyak ‘berkampung’ di kawasan sendiri untuk mengekang asakan bertali arus tuan rumah.

Ketangkasan Hafizul Hakim juga wajar diberikan pujian kerana beberapa kali melakukan aksi berkualiti tinggi untuk menyekat peluang terbaik tuan rumah sekaligus memaksa Buriram United sekadar berpuas hati dengan kemenangan 1-0. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI