fbpx

1,306 anggota polis bertugas sempena Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail. Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI

GOMBAK – Seramai 1,306 anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas bagi orang ramai yang akan berkunjung ke Kuil Batu Caves sempena perayaan Thaipusam Selasa depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata penugasan anggota dari Bukit Aman, Kontinjen Selangor dan Kuala Lumpur serta beberapa kontinjen berhampiran akan bermula 10 malam Sabtu sehingga perayaan tersebut selesai.

Ujarnya, sebanyak tujuh jalan akan ditutup mengikut keadaan semasa bermula tengah malam 9 Februari (Sabtu).

“Jalan tersebut adalah Lampu Isyarat Kampung Melayu Batu Caves, susur dari arah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Kuil Batu Caves dan Jalan Perusahaan ke Kuil Batu Caves.

“Jalan lain termasuklah susur MRR2 dari Sri Gombak ke Susur Perusahaan, Simpang 3 Jalan Seri Batu Caves (SBC) 8/ Jalan Batu Caves Lama, Simpang Tiga Lampu Isyarat SBC hadapan stesen minyak Shell dan Jalan Susur Batu Caves ByPass Menghala ke Pintu Utama Kuil Batu Caves,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Ops Palu sempena Thaipusam di Kuil Batu Caves di sini, hari ini.

Ujar Hussein lagi, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif yang akan dikemas kini di platform media sosial Facebook Polis Daerah Gombak.

Hussein turut menasihati pengunjung yang membawa kenderaan sendiri ke Kuil Batu
Caves agar meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang dibenarkan dan memastikan kenderaan mereka dikunci.

“Kawasan Kuil ini juga merupakan kawasan larangan penerbangan dron, pihak yang hendak menerbangkan dron hendaklah membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI