fbpx

[VIDEO] Pemandu Honda nyaris jatuh parkir Hospital Serdang rupanya pesakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Honda WRV yang nyaris terjatuh selepas merempuh dinding parkir Pusat Jantung HSIS, semalam.

SERDANG – Seorang lelaki iaitu pesakit jantung dikenal pasti sebagai pemandu Honda WRV yang terlibat dalam insiden di tempat letak kereta bertingkat dekat Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam.

Pengarah (HSIS) Dr. Farique Rizal Abdul Hamid berkata, pemandu berusia 40 tahun itu mengalami sakit dada secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan ke atas kenderaan dan merempuh dinding parkir berkenaan.

“Impak pelanggaran tersebut menyebabkan tembok dinding tempat letak kereta runtuh dan menimpa sebuah kenderaan lain yang sedang bergerak di jalan utama berhampiran lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Farique Rizal berkata, pemandu tersebut bersama tiga penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan.

Tambahnya, kes sedang disiasat lebih lanjut oleh Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah kereta Honda WRV nyaris terjatuh dari tingkat dua tempat letak kereta Pusat Jantung HSIS selepas merempuh dinding bangunan itu, semalam.

Menerusi perkongsian Almaizah Umie di Facebook, kejadian yang tular di media sosial itu berlaku kira-kira pukul 1.22 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI