fbpx

[VIDEO] Dua lelaki dapat upah RM5,000 buat kerja baling cat, khianat harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar dua orang lelaki melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta di Kampung Tengah, Kluang pada 31 Januari lalu.

KLUANG – Tertarik dengan upah sebanyak RM5,000 hanya perlu membaling cat dan pecah cermin kereta di rumah seorang mangsa mendorong dua lelaki untuk melakukan jenayah itu pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian yang berlaku di Kampung Tengah di sini pukul 5.50 pagi 31 Januari lalu telah menyebabkan seorang lelaki warga Singapura mengalami kecederaan.

Katanya, susulan daripada kejadian itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun berjaya ditahan namun dua orang lagi suspek yang dipercayai terlibat sama dalam serangan itu berjaya melarikan diri sebelum usaha mengesan mereka giat dilakukan.

“Hasil daripada pengesanan itu, seorang lelaki berusia 31 yang dipercayai salah seorang yang berjaya melarikan diri tempoh hari telah ditangkap di tepi Jalan Tangkak, Taman Durian Tunggal di Durian Tunggal, Melaka pada pukul 2.30 pagi semalam.

“Hasil soal siasat, kedua- dua tangkapan itu telah mengaku telah diajak oleh seorang lagi suspek yang masih bebas untuk melakukan kerja baling cat dan pecah cermin kereta di rumah pengadu pada hari kejadian,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Ujarnya, semakan turut mendapati suspek yang tidak bekerja itu mempunya 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing positif dadah jenis Morphine.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek ditetapkan sehingga 6 Februari (esok) untuk membantu proses siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI