fbpx

Unit K9 gagal kesan kanak-kanak hilang kerana hujan, pencemaran bau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANJING Pengesan (K9) dibawa ke lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai Disember lalu. – FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Saksi pendakwaan kelima memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa pencarian seorang kanak-kanak lelaki autisme Orang Hilang (OH) oleh Unit Anjing Pengesan (K9) tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.

Bekas pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Asisten Superintenden Nor Zaharuddin Sanip, 42, berkata Unit K9 bersama dua anjing telah melakukan pencarian di kawasan belukar, anak sungai dan kebun.

Ia dengan radius 700 meter dari Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai. Bagaimanapun, saksi itu berkata Unit K9 tidak dapat mengesan berikutan keadaan cuaca hujan, pencemaran bau dan kawasan itu telah dimasuki orang ramai

Perbicaraan dihadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung lagi esok.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI