fbpx

Tanah perkuburan Islam di Johor Bahru tahap kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KULAI – Tanah Perkuburan Islam di daerah Johor Bahru kini berada pada tahap kritikal dengan beberapa tapak sedia ada telah penuh, manakala beberapa tapak lain hampir penuh.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, daripada keseluruhan 607 tanah perkuburan Islam di Johor, 47 daripadanya berada pada tahap penuh atau hampir penuh dengan majoritinya di Johor Bahru.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri telah mengenal pasti dua lokasi tanah perkuburan Islam baharu di Johor Bahru iaitu Gelang Patah dan Seelong.

“Selain itu, daerah Kluang juga menunjukkan keadaan kapasiti yang terhad oleh itu satu tanah perkuburan baharu di Padang Tembak telah dibangunkan, ini akan memberi kelegaan kepada masyarakat setempat.

“Manakala daerah-daerah lain masih menunjukkan keperluan mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Tapak Perkuburan Islam Bandar Putra Kulai, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fared, walaupun Johor sedang menunjukkan pembangunan infrastruktur yang pesat, kerajaan negeri kekal komited memastikan keperluan masyarakat Islam termasuklah aspek tanah perkuburan terpelihara. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI