fbpx

[VIDEO] SPRM reman 2 pengarah kes taja inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah syarikat dan pengarah landskap agensi kerajaan tiba ke Kompleks Mahkamah Pulau Pinang di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pengarah syarikat dan seorang penjawat awam sebuah agensi kerajaan negeri ditahan reman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tajaan inap desa di Tanjong Tokong, tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri di Mahkamah Majistret Jenayah di sini hari ini.

Pengarah syarikat berusia 37 tahun dan penjawat awam berjawatan pengarah landskap berusia 42 tahun itu tiba ke Kompleks Mahkamah Pulau Pinang dengan kenderaan SPRM kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Pengarah landskap agensi kerajaan itu disyaki menerima wang rasuah dalam bentuk tajaan inap desa dan buffet bbq daripada pengarah syarikat tersebut yang bernilai RM2,000 pada 2024.

“Tajaan inap desa itu bertujuan bagi membolehkan pengarah syarikat mendapatkan projek-projek landskap di agensi kerajaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI