fbpx

Saya hanya nak lepas rindu….

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing bersama seorang lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat pelacuran di Jalan Pudu, hari ini.

KUALA LUMPUR – Hajat seorang lelaki tempatan mendapatkan khidmat pelacuran terbantut apabila ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Pudu, di sini hari ini.

Menurut pekerja stesen minyak berusia 20-an itu, dia sudah beberapa kali datang ke premis terbabit untuk melanggan wanita asing.

“Tempat kerja saya dekat dengan tempat ini dan saya datang pun hanya nak lepaskan rindu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sementara itu, seorang wanita Indonesia yang mahu dikenali sebagai Yasmine mendedahkan, dia sanggup datang ke Malaysia semata-mata untuk bekerja sebagai pelacur.

Kata wanita berusia 33 tahun itu, dia memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial sejak September tahun lalu.

“Saya datang dari Jakarta ke sini (Malaysia) menaiki bot melalui Batam. Saya dapat tahu tentang kerja ini daripada rakan di Indonesia.

“Setiap pelanggan akan dikenakan caj sebanyak RM60. Separuh daripada wang itu akan diberikan kepada penjaga premis. Dalam sehari saya dapat kira-kira 10 pelanggan,” jelasnya.

Dua individu itu antara yang ditahan menerusi Ops Gegar yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur.

Wartawan Kosmo! yang menyertai serbuan bermula pukul 5 petang mendapati premis terbabit beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.

Premis yang terletak di tingkat atas rumah kedai itu turut dipantau rapi penjaga di luar bangunan termasuk dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV).

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pihaknya turut menyerbu sebuah lagi pusat pelacuran di Jalan Tun Razak dan menahan 17 warga asing termasuk 14 wanita dan tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 65 tahun.

Mereka terdiri daripada sembilan Indonesia, Vietnam (4), Bangladesh (3), seorang India dan tiga individu tempatan yang juga penjaga premis dan pelanggan.

Dalam pada itu, Wan Mohammed Saupee berkata, pihaknya turut menyerbu sebuah kilang percetakan di Kepong, di sini dan menahan lima warga asing termasuk empat wanita serta seorang lelaki tempatan berusia 30 hingga 50 tahun.

“Kesemua tangkapan itu dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI