fbpx

Penduduk lari tinggalkan Santorini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH kereta berderetan untuk menaiki sebuah feri di Santorini semalam. - Foto AFP

ATHENS – Beribu-ribu penduduk melarikan diri dari Santorini selepas ratusan gempa bumi direkodkan berhampiran pulau pelancongan terkenal di Greece itu dalam tempoh 48 jam lalu, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Kira-kira 9,000 orang telah meninggalkan pulau tersebut sejak Ahad lalu dengan penerbangan kecemasan tambahan dijadualkan berlepas semalam.

Lebih 300 gempa bumi telah direkodkan dalam tempoh dua hari lalu berhampiran Santorini.

Pakar-pakar berkata, gegaran diramal berterusan selama beberapa minggu. 

Pihak berkuasa telah menutup sekolah dan memberi amaran tentang larangan orang ramai daripada berhimpun di tempat tertutup, tetapi Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis menggesa agar penduduk bertenang.

“Semuanya ditutup. Tiada siapa yang bekerja sekarang. Seluruh pulau telah kosong,” kata seorang penduduk tempatan berusia 18 tahun sebelum menaiki sebuah kapal meninggalkan pulau itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI