SEBERANG PERAI – Pemandu BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal wanita di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Bagan Ajam, di sini Khamis lalu tampil menyerah diri semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, lelaki berkenaan yang berusia 28 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik SPU.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, media melaporkan polis sedang mengesan pemandu BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuh Raya BORR menghala Bagan Ajam, Khamis lalu. -KOSMO! ONLINE