fbpx

Pelancong asing cedera kepala jatuh eskalator tingkat tujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa ketika ditemui terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat belah belah di Persiaran Gurney, hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pelancong lelaki warga asing dilaporkan cedera dipercayai selepas terjatuh dari eskalator tingkat tujuh sebuah pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar pukul 1.55 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 25 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat terjatuh dari tingkat tujuh pusat membeli-belah berkenaan pada pukul 1.54 petang.

“Mangsa masih dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Pulau Pinang oleh ambulans pada pukul 2.20 petang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI