fbpx

Menteri akan jawab isu sewa helikopter RM16.6 bilion pada 20 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled.

PETALING JAYA – Menteri Pertahanan akan memberi penjelasan berhubung isu sewaan 28 helikopter jenis AW139 bernilai RM16.6 bilion di Dewan Rakyat pada 20 Februari ini.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau akan mengulas dan menjawab isu itu sekali lagi semasa sesi penggulungan kementerian bagi perbahasan kali ini.

Beliau namun menegaskan, perolehan menggunakan pendekataan sewaan bagi perkhidmatan helikopter kepada pelbagai agensi kerajaan itu adalah teratur dan bersandarkan keperluan.

“Kelebihan-kelebihan pendekatan ini telah saya hujahkan semasa sesi penggulungan Belanjawan 2025 (Peringkat Dasar) yang lalu dan oleh Perdana Menteri semasa menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada 28 November 2024.

“Walau bagaimanapun, perkara ini akan turut diulas dan dijawab sekali lagi oleh saya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen Pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat semalam mempersoalkan sewaan helikopter terbabit mahal sedangkan negara lain boleh membelinya dengan harga lebih rendah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI