fbpx

Manchester City bawa masuk pemain baharu keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GONZALEZ dianggap pilihan terbaik untuk City memperkuatkan jentera tengah selepas mereka kehilangan Rodri. - AFP

MANCHESTER – Jendela perpindahan Januari menyaksikan Manchester City mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £180 juta (RM994.81 juta) termasuk menyelesaikan urusan perpindahan pemain FC Porto, Nico Gonzalez yang bernilai £50.2 juta (RM277.44 juta).

Perpindahan yang diselesaikan awal pagi semalam pada saat akhir sebelum jendela ditutup secara rasmi menyaksikan City mengeluarkan perbelanjaan lebih besar berbanding musim panas lalu untuk memastikan City kembali ke landasan terbaik selepas berdepan isu prestasi.

Gonzalez, 23, yang menjalani ujian perubatan di Portugal menandatangani kontrak selama lima tahun setengah di Etihad dan Barcelona yang menjadi kelabnya sebelum berhijrah ke Porto turut menerima bayaran perpindahan sebanyak 40 peratus berdasarkan perkara termaktub dalam kontrak sebelum ini.

“Manchester City gembira untuk mengumumkan bahawa kelab ini berjaya menandatangani khidmat Nico Gonzalez. Pemain dari Sepanyol itu menyertai FC Porto sebelum ini dengan kontrak empat tahun setengah sehingga musim panas 2029.

“Gonzalez yang merupakan produk La Masia membuat debut bersama Barcelona B pada 2019. Dia kemudian beraksi dengan skuad utama Barcelona bermula 2021 dan melakukan 37 penampilan,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh City.

Pemain berkenaan akan menyarung jersi No. 14 dan menjadi pemain keempat dibawa masuk City pada jendela kali ini selepas Abdukodir Khusanov, Vitor Reis dan Omar Marmoush terlebih dahulu menyertai pasukan itu.

“Ini adalah peluang terbaik untuk saya melonjakkan tahap dalam karier. Saya berusia 23 tahun dan saya mahu menguji kemampuan di England. Tidak ada kelab yang lebih baik untuk saya di England kecuali City,” kata Gonzalez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI