fbpx

Madu dituang ‘melekit’ di bibir, Ameera tak keruan tonton video Jefri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ameera tidak mampu berhenti menatap wajah kekasinya yang juga aktor Indonesia, Jefri Nichol dalam sebuah video 'panas' yang diulang siar semalam.

PETALING JAYA – Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan terus mengundang perhatian ramai apabila mengakui tidak mampu berhenti menatap wajah kekasinya yang juga aktor Indonesia, Jefri Nichol dalam sebuah video ‘panas’ yang diulang siar semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang jurusolek dalam Instagram itu, Jefri dilihat terlibat dalam sesi fotografi namun paling mencuri perhatian adalah lelaki itu membuat gaya menggoda dan seksi.

Ameera yang mengulang siar video tersebut mengakui tidak berhenti mengulang menonton video yang berdurasi 20 saat itu.

“Adakah video ini berdurasi 30 minit? Atau hanya saya yang rasakannya?,” kata adik kepada selebriti dan usahawan, Neelofa itu dalam Instagram Story.

Antara babak yang paling mengundang perhatian ramai ialah ketika madu dituang pada bahagian bibir Jefri.

Terdahulu, kisah percintaan mereka buka lagi rahsia apabila Ameera secara terbuka kerap berkongsi foto romantis bersama Jefri dalam media sosial.

Ameera juga memberitahu keluarganya merestui dan menyokong hubungannya dengan Jefri selain tidak kisah dengan pandangan orang ramai yang sehingga kini melabel kekasihnya sebagai lelaki ‘red flag’.

Sebelum itu, nama Jefri menjadi sebutan ramai selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI