fbpx

‘Kakak cuba, tergamak suruh Kak Iti nyanyi ya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti (kanan) mendendangkan lagu hit Nadeera berjudul Bukan Lagi Kita dengan penuh kemerduan.

PETALING JAYA – Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila menyanyikan lagu hit, Bukan Lagi Kita dendangan asal Nadeera Zaini.

Menerusi video yang dikongsikan Nadeera dalam Instagram, dia meminta agar penyanyi nombor satu negara itu menyanyikan lagunya yang juga merupakan finalis Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Turut kelihatan dalam video tersebut ialah pencipta lagu Bukan Lagi Kita iaitu Hael Husaini.

“Kakak cuba ya. Tergamak suruh Kak Iti nyanyi ya,” kata Siti.

Pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu juga sempat mengucapkan selamat berjaya kepada Nadeera yang akan bertanding di pentas AJL pada 16 Februari depan.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terpegun dengan kemerduan suara Siti mengalunkan lagu Nadeera.

“Sedap sangat versi Tokti. Tergamak Tokti menyanyi sikit sangat. Nak versi penuh atau duet,” komen netizen.

Lagu Bukan Lagi Kita semakin digilai ramai selepas menjadi lagu tema drama fenomena, Curang Tanpa Niat lakonan Shukri Yahya dan Mira Filzah yang kini sedang hangat ditayangkan di televisyen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI