fbpx

JPA gariskan lima tumpuan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Dahlan melakukan gimik perasmian Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tahun 2025 dan Perhimpunan Jabatan Perkhidmatan Awam di Auditorium JPA, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menetapkan lima tumpuan utama dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi memastikan perkhidmatan awam lebih telus, berintegriti dan diyakini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, lima tumpuan itu termasuk membangunkan modal insan berkualiti, menghayati nilai-nilai murni dan membangunkan organisasi dinamik.

“Anggaplah setiap tugasan yang diberikan sebagai satu ibadah yang bukan sahaja mendatangkan keberkatan tetapi juga mencipta keseronokan bekerja,” katanya ketika berucap menyampaikan Amanat 2025 KPPA di sini hari ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata, sebanyak 15 program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dengan 3,843 slot disediakan pada tahun ini.

“Bagi tujuan tujuh bidang tujahan baharu pula, sebanyak 140 slot program Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan (PRESTIJ) bernilai RM56 juta untuk pegawai-pegawai yang layak daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional,” katanya.

Katanya, sebanyak RM50 juta pula akan disalurkan kepada 28 buah kementerian bagi melaksanakan kursus dan latihan jangka pendek bagi meningkatkan kompetensi fungsi pegawai merentasi semua gred dan skim perkhidmatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI