fbpx

Dokumentari Jejak Harmoni zahir keharmonian beragama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dokumentari Jejak Harmoni zahir keharmonian antara penganut agama di Malaysia.

PETALING JAYA – Dokumentari Jejak Harmoni (JH) 2024 yang kini ditayangkan melalui TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapat capaian tontonan sebanyak 2,760,000 juta penonton melalui beberapa saluran media sosial.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perpaduan Negara, Dr Shatesh Kumar Sangar berkata, sehubungan itu, karya Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) melalui karya Jejak Harmoni (JH) 2024 mencatatkan sambutan menggalakkan.

Beliau berkata, ia merupakan antara kejayaan JPNIN mempamerkan realiti keharmonian antara rumah ibadat dan penganut agama yang memenuhi selera penonton.

“Melalui enam episod JH, masyarakat dihidangkan dengan penerangan ringkas serta padat mengenai bagaimana hubungan di antara rumah ibadat yang berada berhampiran antara satu sama lain.

“Lebih menarik, ada dalam kalangan rumah ibadat yang membuka ruangan parkir untuk memberi laluan kepada umat Islam menunaikan solat Jumaat setiap minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Shatesh berkata, JH merupakan cetusan idea Datuk Aaron Ago Dagang, yang menyahut gagasan dan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat masyarakat di Malaysia hidup harmoni.

“Bertunjangkan faham, hormat, terima, masyarakat di Malaysia saling memahami perbezaan agama dan budaya di negara ini.

“Terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi laluan kepada JH untuk ditayangkan di saluran TV1,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI