fbpx

JDT ikat pemain pertahanan baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GONZALEZ

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat serius untuk lolos ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menandatangani khidmat pertahanan kental dari Sepanyol, Alvaro Gonzalez.

Gonzalez yang sebelum ini pernah menjadi rakan sepasukan Cristiano Ronaldo dalam kelab Arab Saudi, Al Nassr diumumkan secara rasmi semalam dan bakal memperkukuhkan benteng pertahanan skuad kendalian Hector Bidoglio itu.

Menerusi satu video pengenalan di laman Johor Southern Tigers (JST), bekas pertahanan tengah kelab Villarreal dan Espanyol berusia 35 tahun itu akan menyarung jersi nombor 27.

“Dari La Liga ke Ligue 1 dan Saudi, kini ke rumah Harimau Selatan, Alvaro Gonzales,” kata kenyataan di JST itu.

Difahamkan, khidmat Gonzalez hanya akan digunakan bagi kempen ACLE sahaja memandangkan tempoh pendaftaran pemain baharu untuk saingan Liga Malaysia masih ditutup ketika ini.

Kehadiran Gonzalez yang dilepaskan oleh kelab Arab Saudi, Al Qadsia dijangka memantapkan cabaran JDT yang bakal mengharungi dua perlawanan getir ACLE bulan ini dengan bertemu Central Coast Mariners dan Pohang Steelers.

Menurut laporan media Sepanyol, dua lagi bekas pemain skuad remaja Sepanyol bawah 21 tahun dijangka turut mengikut jejak Gonzalez dengan menyarung jersi harimau Selatan seperti Jonathan Viera dan Roque Mesa.

Sebagai rekod, JDT ketika ini menduduki tangga keenam Kumpulan A saingan ACLE dengan hanya lapan pasukan terbaik akan lolos ke pusingan kalah mati musim ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI