fbpx

JAIPk mulakan siasatan terhadap imam tidak baca khutbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memulakan siasatan terhadap imam masjid di negeri ini yang didakwa tidak membacakan teks khutbah Jumaat yang disediakan pihak berkuasa agama negeri.

Timbalan Pengarah JAIPk, Zakaria Abd. Razak berkata, siasatan awal ke atas individu itu dijalankan pada Isnin lalu selepas menerima laporan daripada polis.

Katanya, siasatan terhadap individu itu dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Masjid Negeri Perak 2018.

“Pegawai masjid perlu mematuhi arahan JAIPk dengan membacakan teks khutbah rasmi yang disediakan.

“Ini penting untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan jemaah dan memastikan mesej yang disampaikan selari dengan garis panduan agama serta pihak berkuasa,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI